CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

06 March 2013

Kembali Berblog


Assalamualaikum w.b.t.

Rasanya sudah terlalu lama saya menyepikan diri dalam dunia blog, lebih-lebih lagi apabila alamat blog milik saya  sudah terpadam dalam kotak ingatan. =) Walaubagaimanapun, saya ada juga menjengah beberapa blog yang menarik minat saya jika ada kelapangan waktu. Saya kira ramai antara kita hebat dalam dunia blog ini. Tahniah diucapkan. Semoga apa yang disampaikan mampu memberi manfaat  kepada si pembaca.

Baik, beralih kepada blog ini. Tujuan utama blog ini dibangunkan adalah bagi memenuhi tugasan kursus Sosiolinguistik Bahasa Melayu bagi semester ini. Blog pembelajaran atau lebih dikenali sebagai diari harian ini  akan menyentuh pelbagai peristiwa, situasi dan keadaan berkaitan masyarakat khususnya dalam aspek penggunaan bahasa. Solusi terhadap permasalahan atau persoalan yang timbul rentetan daripada peristiwa, situasi dan keadaan tersebut juga akan dinyatakan. Semoga penulisan blog ini dapat memberi manfaat kepada semua. 


'BETULKAN YANG BIASA, BIASAKAN YANG BETUL'





No comments:

Post a Comment