CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

14 April 2013

SITUASI 22: Sistem Panggilan Kekeluargaan



Kerinduaan kepada anak-anak saudara menyapa diri, lalu saya buka fail gambar keluarga yang ada di dalam komputer riba milik saya. Tersenyum melihat aksi-aksi mereka bergambar. Kerinduan sedikit terubat. Ini antara gambar mereka:



Tiba-tiba rakan sebilik menyapa, “gambar siapa tu? Comelnya”.

“Gambar anak-anak saudara saya”, saya menjawab sambil tersenyum.

“Mereka panggil awak apa?” dia bertanya.

“ Cik  Ti”, balas saya ringkas.

“Cik Ti? Kenapa tak panggil Mak cik Ti?”, dia menyoal lagi.

“Sebab saya kan muda lagi. Kalau panggil Mak cik Ti, nampak macam tua pula”, saya menjawab sambil ketawa. Dia juga ketawa mendengar alasan saya.

Bicara saya:

Panggilan seperti Cik Ti atau Mak cik Ti merupakan salah satu contoh sistem panggilan dalam kekeluargaan. Kata panggilan ini menggantikan nama yang digunakan kepada manusia dengan penentuan gender, rujukan dan kedudukan keluarga. Kata panggilan keluarga dalam masyarakat Melayu mempunyai beberapa sistem tertentu. Pemilihan sesuatu sistem untuk diamalkan dalam sesebuah kelurga bukanlah sesuatu yang tegar dan mesti. Setiap keluarga  mempunyai cara tersendiri dalam menentukan sistem panggilan yang hendak digunakan. Sistem panggilan yang digunakan bukan sahaja bertujuan untuk membezakan urutan anak-anak, malah secara tidak langsung  memupuk perasaan hormat kepada yang lebih tua dan perasaan sayang kepada yang lebih muda.



No comments:

Post a Comment