Siapa sangka rancangan pergi berkelah ke Kalumpang pada hujung minggu lalu memberi idea untuk terus menulis di blog ini. Alhamdulillah, terasa kembali beroksigen otak ini setelah dapat menghirup udara segar di Kalumpang. Daun-daun hijau yang tumbuh subur di sana ternyata menyamankan diri, arus air yang mengalir pula bagai memainkan satu rentak irama yang menenangkan jiwa. Terasa puas apabila dapat melemparkan diri ke dalam air sungai yang dingin itu bersama-sama sahabat-sahabat yang tercinta. Kepuasan itu bagaikan melupakan sekejap beban-beban tugas yang menggunung. Sungguh puas! =) Baik, kembali kepada tajuk entry pada kali ini iaitu 'Kelmarin dan Semalam'. Dua perkataan ini jelas berbeza makna bagi individu yang berbeza negeri. Perlukan bukti? Baik, sila ikuti dialog antara saya dan sahabat-sahabat dalam perjalanan ke Kalumpang pada hujung minggu lalu.
Dila (Kedah) : Semalam hujan tak?
Ain (Melaka)
: Hujan. Kau tak sedar ke?
Dila (Kedah)
: Betul ke hujan?
Ain (Melaka)
: Betul lah. Kau ni kuat berangan, sebab tu tak sedar hujan
ke
tak.
Aisyah (Kelantan) : Aik,
semalam tak hujan la ain.
Ain (Melaka)
: Semalam hujanlah.
Aisyah (Kelantan) :
Semalam tak hujan lah ain. Kelmarin memang hujan.
Dila (Kedah)
: Kalau kelmarin memang hujan.
Ain (Melaka)
: Kelmarin? Kelmaren memang hujan tapi semalam pun hujan.
Aisyah (Kelantan) :
Semalam tak hujan lah ain. Malam tadi kan kita keluar,
tak hujan kan
Ain (Melaka)
: Oh, maksud kau malam tadi ke?
Dila (Kedah)
: Ya lah, semalam tu maksudnya malam tadi lah.
Ain (Melaka)
: Oooo..kalau kat tempat aku, semalam tu maksudnya hari
sebelum hari ini.
Aisyah (Kelantan) :
Kalau kat Kelantan, semalam tu maksudnya malam tadi lah.
Kelmarin tu maksudnya hari sebelum
hari ini.
Dila (Kedah)
: A'ah, aku pon sama macam ecah.
Ain (Melaka)
: Macam tu ke. Kalau kat tempat aku, kelmarin tu
merujuk kepada dua
hari sebelum hari ini.
Aisyah (Kelantan) : Tak
sama la kan. Patutlah kau cakap hujan semalam...hehe
Ain (Melaka)
: Lain negeri, lain kefahamannya...hehe
Bicara saya:
Jika merujuk Kamus Dewan, penggunaan kata 'kelmarin' dan 'semalam' oleh ketiga- tiga orang sahabat ini adalah betul. Wujudnya perbezaan makna antara ketiga-tiga sahabat ini adalah kerana mereka berasal dari negeri yang berlainan. Perbezaan negeri menyebabkan mereka memahami sesuatu perkataan itu berdasarkan kebiasaan ujaran oleh penutur dalam kalangan kelompok mereka sendiri. Di sini, saya sertakan definisi 'kelmarin' dan 'semalam' berdasarkan Kamus Dewan edisi keempat:
Kelmarin
|
1. Sehari
sebelum hari ini, semalam: hari ini hari Khamis, ~ hari Rabu;
2. Dua
hari sebelum hari ini, sehari sebelum semalam: hari ini hari Khamis,
jadi ~ hari Selasa;
3. Beberapa
hari (minggu) yang lepas: dia sedang dirawat di rumah sakit kerana
dilanggar kereta ~ ;
|
Semalam
|
1. Satu
malam: kalau ke kampong nanti, tidurlah di rumah nenek barang ~ ;
2. Sepanjang
malam: maka ~ itu Hang Tuah pun berhikayat pelbagai cerita;
3. Hari
sebelum hari ini, kelmarin: ~ kami pergi berkelah ke Port Dickson;
4. Malam
sebelum mala mini, malam tadi: ~ dia pergi menonton filem di panggung
Rex;
|