CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

07 March 2013

SITUASI 2: Perasan Muda








Sendirian menatap foto-foto kenangan yang ada. Mata dibulatkan seakan-akan foto-foto tersebut merakamkan kembali segala peristiwa yang tersimpan di sebalik setiap keping potret itu. Kemudian mata tertumpu pula kepada satu fail foto yang berlabel 'Memori di Hospimart Shope'. Setiap gambar diamati sekaligus meredakan kerinduan kepada rakan-rakan sekerja. Itulah pengalaman pertama bekerja sementara menunggu keputusan permohonan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam. Sungguh, pengalaman itu amat berharga kerana di situlah saya memerhati dan menghadapi pelbagai karenah dan ragam manusia yang bergelar pelanggan. Tiba-tiba terkenang satu peristiwa yang saya kira agak lucu. Lucunya bukan kerana saya dimarahi tetapi disebabkan orang yang memarahi saya itu memang tidak sedar diri.

Begini ceritanya. Seorang pelanggan lelaki dalam lingkungan umur 50 ke atas masuk ke kedai membeli barangan. Lagaknya memang mengalahkan anak-anak muda. Kemudian dia ke kaunter untuk membayar barangan yang dibelinya. Berikut dialognya:

Pelanggan: Ini barang-barangnya. Berapa jumlahnya?

Saya         : RM15.90 semuanya.

Pelanggan : Nah, ini duitnya.

Saya         : Ini bakinya. Terima kasih pak cik. Sila datang lagi.

Pelanggan : Awak ingat saya tua sangat ke. Saya muda lagi lah.
Panggil la 'abang'.Kalau awak panggil saya abang, setiap hari saya datang membeli 
di kedai ini.  (dengan riak muka yang tidak puas hati)

Saya         : ................' tak sedar diri betul,' getusku di dalam hati.

Pelanggan tersebut terus berlalu pergi.

Bicara saya:

Kata sapaan, kata panggilan dan kata ganti nama diri yang kita gunakan perlulah bersesuaian dengan peringkat umur, pangkat, tempat dan situasi. Kata panggilan kita kepada seseorang amat memainkan peranan penting. Selain menunjukkan penghormatan kepada mereka, ianya juga bertujuan untuk menjaga hati orang yang disapa. Tidak semua orang dapat menerima panggilan seperti situasi di atas walaupun pada hakikatnya panggilan tersebut bersesuaian dengan peringkat umurnya. Solusinya, mungkin saya perlu mengalah untuk mengelakkan sebarang konflik  di samping menjaga hati  pelanggan. Bak kata pengurus saya "Customer always right".




No comments:

Post a Comment