CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

07 March 2013

SITUASI 3: Aku Terima Nikahnya





"Saya pernah bermimpi melafazkan akad dan menyarungkan cincin di jari manis awak. Ya, saya amat yakin awaklah orangnya. Jika Dia mengizinkan, in sha Allah mimpi itu akan menjadi realiti". Coretan ringkas pada kertas putih itu diberikan kepada saya oleh  seorang anak kecil yang saya kira umurnya sekitar empat hingga lima tahun. Katanya, "kakak, abang yang pakai kopiah itu bagi", sambil  jari telunjuknya diarahkan kepada satu susuk tubuh  lelaki yang sedang tersenyum ke arah saya. Saya diam membatu.

Tiba-tiba saya terdengar suara memanggil-manggil nama saya seraya berkata 'Bangun-bangun, dah petang ni.' Oh rupanya saya bermimpi. Bibir saya mengukir senyum dengan tidak semena-mena.

Bicara saya:

Bahasa bukan sahaja boleh dilihat dan disampaikan melalui pertuturan, malah bahasa juga boleh difahami melalui tulisan dan juga lenggok tubuh badan. Misalnya berdasarkan situasi di atas, si jejaka menyatakan hasrat hatinya melalui sekeping kertas. Hal tersebut jelas difahami oleh si gadis. Hal ini menunjukkan berlakunya interaksi antara kedua-duanya. Selain itu juga, senyuman yang dilemparkan oleh si jejaka kepada si gadis seolah-olah menyatakan salam perkenalannya. Inilah dikatakan sebagai bahasa badan. Sama juga dengan situasi yang biasa kita lihat , iaitu apabila seseorang melambai tangan ke arah teksi menandakan seseorang itu mahu menaiki teksi  tersebut. Begitu juga dengan situasi seseorang itu meletakkan jari telunjuk di bibir, ianya menggambarkan satu arahan supaya senyap.Bahasa badan juga dikatakan sebagai salah satu bahasa yang boleh kita ungkapkan dan ianya membawa maksud yang tersendiri. Penggunaan bahasa isyarat ini kadangkala lebih berkesan dalam komunikasi.






No comments:

Post a Comment