CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

11 April 2013

SITUASI 8: Bahasa Terbalik


“ Balik rumah nanti adik kayuh basikal tu laju-laju tau. Masa nak turun bukit tu kayuh lagi, tak payah tekan brek”. kata jururawat wanita yang berketurunan India itu.

Saya hanya tersengih mendengar omelan si beruniform putih itu. Saya sendiri masih kurang mengerti sama ada kata-katanya sebentar tadi berbentuk nasihat atau sindiran. Ah lupakan saja, apa yang lebih utama ialah perut yang sudah bernyanyi riang minta diisi.

“ Nurse, saya lapar la. Ada makanan tak?” tanya saya separuh merayu. Semasa saya tersedar hanya jururawat tersebut yang ada berhampiran saya. Bayang kedua ibu bapa saya langsung tidak kelihatan. Mungkin belum tiba waktu melawat agaknya.

“ Adik kena puasa hari ni. Doktor nak pastikan tiada darah beku dalam kepala adik kesan daripada hentakan semasa adik jatuh”, si baju putih itu menjawab. Nadanya mendatar.

“ Tapi saya lapar sangat nurse”, saya masih tidak mengalah.

“ Tak boleh makan lagi. Lain kali kayuh basikal tu laju-laju lagi ye”, jawabnya sambil berlalu pergi.

Saya terdiam. Terus terlena.
…………………………………………………………………………………
Baik, itu peristiwa yang pernah saya alami 12 tahun yang lepas. Ketika saya darjah enam. Kini baru saya memahami omelan jururawat itu merupakan satu sindiran halus kepada saya. =)

Orang tua sekarang juga lebih gemar menggunakan bahasa seperti itu untuk tujuan memberi nasihat. Misalnya:

“Pergi panjat lagi pokok tu", kata ayah kepada adik tatkala ibu memberitahu bahawa anaknya itu terjatuh dari pokok rambutan di belakang rumah.

Terdapat juga beberapa papan tanda yang menggunakan pendekatan ini. Lihat contoh di bawah:


Kebiasaannya kita akan melihat papan tanda seperti ini:



Bicara saya:

Inilah yang dikenali sebagai ragam bahasa. Bahasa yang digunakan dalam contoh-contoh di atas dikenali sebgai bahasa terbalik. Bahasa ini menggunakan bahasa berakas iaitu terbalik daripada maksud yang dikehendakkan dan orang lain faham akan maksudnya. Bahasa ini sering digunakan untuk tujuan melarang atau mencegah seseorang itu daripada melakukan perkara yang boleh mendatangkan mudarat. Perkara yang ingin disampaikan itu diungkapkan secara terbalik agar seseorang yang itu terasa tersindir dengan perkara yang dilakukannya.

No comments:

Post a Comment