CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

15 April 2013

SITUASI 23: Duniaku Dahulu Bukan Dunia Mereka Lagi


“Petang ni pergi joging nak?” ajak Ema kepada saya melalui SMS.

“Boleh je kalau tak hujan?’ balas saya ringkas.

Begitulah kami, sejak kebelakangan ini rajin pula kami beriadah pada waktu petang. Al maklumlah jadual kuliah siswi semester akhir tidak sepadat jadual semester-semeter terdahulu. Jumlah kuliah yang perlu dihadiri hanya boleh dibilang dengan jari, itupun kadang-kadang kuliah banyak dibatalkan.

Memandangkan cuaca baik, kami berjoging juga pada petang itu. Angin petang lembut membelai pipi. Terasa nyaman. Setelah berjoging tiga pusingan, kami berjalan pula. Kelihatan beberapa orang kanak-kanak sedang berkejar-kejaran tidak jauh dari tempat kami berjalan. Seronok melihat gelagat mereka. Jika boleh diputarkan waktu, terasa ingin kembali ke zaman yang penuh nostalgia ini.  Zaman menjadi kanak-kanak sangat indah, mudah memaafkan jika bersalah, rajuk pun cuma seketika dan kembali bermain semula walaupun dimarahi. Indahnya zaman ini, jauh lebih tenang berbanding zaman dewasa yang ternyata lebih rumit. Walaubagaimanapun, itulah hukum alam.

“Budak-budak sekarang dah jarang nak main permainan tradisional seperti kita dulu kan”, tiba-tiba Ema bersuara.

“Yelah Ema, mereka kan hidup dalam dunia globalisasi. Permainan mereka pon seiring zaman la. Kalau ada yang bermain permainan tradisional pun, cuma kanak-kanak di kampung-kampung. Itupon dah semakin berkurang. Mereka pun dah terdedah dengan permainan canggih seperti ‘playstation’, ‘angry bird’ dan lain-lain,” jawab saya dengan panjang lebar.

“Emm, permainan macam tu tak mengehadkan pergaulan mereka dengan kanak-kanak lain. Tergadailah dunia kanak-kanak mereka,” luah Ema dengan nada yang sedikit kesal.

“Apa boleh buat, kemodenan mengatasi segalanya,” saya membuat konklusi.

Mari kita bandingkan permainan kanak-kanak dahulu dengan permainan kanak-kanak sekarang:

Dahulu

Ketenteng

Sembunyi-sembunyi

Lompat guni

Baling tin


Sekarang

Playstation

Angry Birds

Pc game

Bicara saya:

Merenung kembali zaman kanak-kanak membuatkan saya tersenyum sendiri. Keindahan dan keseronokan zaman yang penuh nostalgia ini ternyata amat berbeza dengan kehidupan kanak-kanak di zaman ini. Kebanyakan mereka hidup dalam serba lengkap, seiring dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Tidak keterlaluan jika saya mengatakan bahawa kepesatan teknologi kini seolah-olah telah meragut  dunia kanak-kanak mereka. Jika dahulu, kita lihat kanak-kanak membesar dengan persekitaran di sekeliling mereka tanpa rasa takut. Misalnya, mereka bermain bersama-sama jiran-jiran yang sebaya di luar rumah dengan penuh kegembiraan. Gelak tawa mereka sentiasa mewarnai dunia kanak-kanak mereka. Interaksi sosial lebih mereka lebih menonjol berbanding kanak-kanak pada zaman ini. Sejak kecil lagi, kanak-kanak zaman ini sudah disajikan dengan gajet-gajet terkini. Mereka akan lebih cenderung untuk  terperuk di dalam rumah daripada keluar bermain di luar rumah. Dunia mereka seolah-olah terkurung kerana mereka lebih leka dengan sajian-sajian yang canggih ini. Hal ini  mengehadkan pergaulan mereka dengan kanak-kanak lain sekaligus  mengurangkan interaksi sosial secara lisan sesama mereka. 




No comments:

Post a Comment