“Ok, nanti I datang rumah you
tonight”
“Sorry, aku lupa bawa buku kau”
“Jangan lambat sangat, I’m waiting”
“Cuba try dulu”
Baik,
ayat-ayat di atas biasa digunakan oleh masyarakat kita dalam komunikasi tidak
kira komunikasi lisan mahupun tulisan. Saya juga pernah menggunakan bahasa
seperti di atas dalam komunikasi harian terutamanya dalam komunikasi secara
bertulis misalnya dalam SMS ( sistem pesanan ringkas). Saya sedar, hal
sedemikian tidak wajar berlaku lebih-lebih lagi saya seorang pelajar yang bakal
bergelar pendidik dalam subjek Bahasa Melayu. Tabiat pertuturan sebegini akan
melenyapkan keaslian bahasa Melayu itu sendiri.
Bicara saya:
Bilingualisme
merupakan satu fenomena yang wujud dalam masyarakat yang berbilang bangsa dan
bahasa. Pertukaran kod merupakan elemen yang biasa berlaku dalam interaksi
bilingual. Pertukaran kod bahasa Melayu-Inggeris adalah fenomena yang paling
lazim. Hal ini demikian kerana majoriti penduduk Malaysia terdiri daripada
bangsa Melayu. Bahasa Melayu pula menjadi bahasa rasmi manakala bahasa Inggeris
menjadi bahasa kedua. Oleh sebab itu, fenomena pertukaran kod ini kerap terjadi
dalam komunikasi masyarakat kita. Pertukaran kod bukan sahaja terjadi dalam
komunikasi lisan malah juga dalam komunikasi
bertulis. Fenomena ini bukanlah suatu kesalahan tetapi dikhuatiri
menjadi tabiat kepada pertuturan masyarakat seterusnya menghilangkan keaslian
sesuatu bahasa itu.
No comments:
Post a Comment