Saya
duduk di bangku itu sambil meninjau-ninjau keadaan sekeliling.. Suasana di
stesen bas itu agak lengang. Kelihatan hanya beberapa orang manusia yang duduk
menunggu bas. Tidak jauh dari tempat saya duduk, ada seorang gadis yang
bertuduh labuh sedang membaca majalah Al Islam. Sejuk mata memandangnya. Tanpa
disedari, ada satu susuk badan sedang berdiri di sebelah saya. Saya
memandangnya dengan riak sedikit terkejut.
“Hi,
can u help me”, pelancong asing itu menyapa.
“Yes,
I will”, jawab saya dengan yakin.
“You
know this place? Can you give me direction
to go there”, dia bertanya lagi sambil menunjukkan gambar Pasar Siti
Khadijah. Pasar itu terkenal di Kelantan.
Alamak.
Saya telan air liur. Saya faham pertanyaannya tetapi untuk menjawab dalam
bahasa Inggeris memerlukan saya menyelak kamus terlebih dahulu, maklumlah SPM
hanya dapat gred C dalam subjek ini. Saya garu kepala yang tidak gatal. Saya
pandang gadis bertudung labuh yang duduk tidak jauh dari saya itu. Pandangan
yang meraih pertolongan. Dia seakan-akan mengerti lalu dia bangun menghampiri
kami.
“May
I help you sir”,gadis itu bertanya.
Mereka
kemudiannya saling berdialog. Lancar sungguh gadis itu bercakap dalam bahasa
Inggeris. Saya kagum. Saya yang hanya menjadi pendengar setia sejak dari tadi
tersedar apabila pelancong asing itu turut mengucapkan terima kasih kepada
saya. Saya hanya mengangguk. Kemudian saya menghulurkan tangan kepada gadis
yang membantu saya itu sebagai tanda terima kasih. Dia menyambut tangan saya. Kami
berkenalan antara satu sama lain sehinggalah bas tiba.
Bicara saya:
Benar
kita perlu mempertahankan kedudukan bahasa Melayu kita agar tidak terpinggir.
Walaubagaimanapun, tidak menjadi satu kesalahan untuk kita mempelajari bahasa
lain terutamanya bahasa Inggeris. Penguasaan dalam bahasa lain akan menjadi
nilai tambah kepada kita. Kedudukan bahasa kebangsaan kita tidak akan tergugat
sekiranya kita bersama-sama menjaganya. Kesetiaan kita kepada bahasa kita tidak
bermakna kita benci kepada bahasa lain.
No comments:
Post a Comment