CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

11 April 2013

SITUASI 6: Diam Tanda Setuju


Belajar itu tiada penghujungnya. Selagi hidup, selagi itulah kita belajar. Begitu juga kehidupan saya sebagai seorang siswi. Tugasan yang bertimbun-timbun lebih-lebih lagi pada semester akhir ini sangat menyesakkan kepala. Itulah padahnya apabila gemar bertangguh dan suka menyelesaikan tugasan pada saat-saat akhir. Walaubagaimanapun, tugasan perlu dilaksanakan juga. Itu adalah tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Sebenarnya tidak patut ada rasa jemu dan lelah dalam mencari ilmu kerana:


Saya gapai senaskhah buku di rak buku sahabat saya apabila akal mengisyaratkan kebuntuan sedang menjengah diri. Akal sudah buntu untuk memerah idea. Baik, saya perlu berehat seketika sebelum menyambung kembali tugasan yang bertimbun-timbun itu. Saya selak helaian demi helaian buku yang bertajuk “Soal Jawab Munakahat” oleh Ustaz Zahazan Mohamed sehingga tangan terhenti pada muka surat 29. Saya tertarik dengan saya petikan yang dijadikan mukadimah pada halaman itu, iaitu:

“Wanita yang masih perawan diminta keizinan daripadanya untuk mengahwinkannya   dan tanda keizinannya adalah diam.” (Sahih Muslim, no 3542)

Bicara saya:
Komunikasi juga berlaku tanpa lisan. Pelbagai cara boleh digunakan seseorang untuk mengungkapkan bahasa masing-masing. Antaranya ialah menggunakan riak wajah dan lenggok bahasa badan. Itu dikategorikan sebagai bahasa isyarat. Orang bisu misalnya menggunakan bahasa isyarat untuk menyampaikan sesuatu mesej dalam kalangan mereka dan orang lain yang memahami bahasa tersebut. Begitu juga dengan situasi di atas, walaupun gadis tersebut tidak menjawab pertanyaan ayahnya tetapi ayahnya dapat melihat tanda persetujuan anak gadisnya itu melalui tindakan diamnya dan riak mukanya yang tersenyum malu. Sekiranya anaknya tidak bersetuju, sudah tentu anak gadisnya itu akan membangkang cadangan ayahnya itu, ataupun mungkin dia akan menyatakan tanda tidak setujunya melalui riak muka yang tidak puas hati. Jika saya di tempat gadis itupun, saya akan melakukan hal demikian. =)
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Jika datang kepada kamu pinangan daripada seorang lelaki yang kamu redha terhadapnya,agama dan akhlaknya, hendaklah kamu terima, jika kamu menolaknya padahnya adalah fitnah dan kerosakan di muka bumi.”

No comments:

Post a Comment