Terkekek-kekek
ketawa tiga budak nakal itu apabila dapat mengenakan Mak Cik Jemah.
“Hak
huna hunye hudak, habih hingkap haku hecah”, bebel Mak Cik Jemah sambil
tangannya rancak mengutip sisa-sisa cermin tingkap yang pecah berderai akibat tendangan bola budak nakal tadi.
Bebelannya
semakin menjadi-jadi apabila melihat ketiga-tiga budak nakal itu
mentertawakannya tanpa rasa bersalah sedikitpun.Walaupun bebelannya agak kurang jelas, saya
pasti dia sedang menyumpah seranahkan budak-budak itu. Saya geleng kepala lalu
saya menghampiri ketiga-tiga budak
lelaki yang sebaya dengan adik saya itu.
“Tak
baik tau buat macam ni kat orang tua. Berdosa. Allah marah. Akak bagitau kat
mak ayah korang baru tau”, gertak saya.
“
Alaaa kak, kitaorang bukan sengaja pon nak pecahkan tingkap umah dia”, salah
seorang daripada mereka membeli diri.
“
Abis tu kenapa ketawakan Mak Cik Jemah?” saya menyoal.
“
Dia kan sengau, sebab tu kitaorang gelak”, seorang lagi memberi alasan.
“Mak
Cik Jemah tak mintak pon dilahirkan begitu, korang patut bersyukur tau sebab
dilahirkan cukup sifat”, saya bertazkirah seketika lantas saya menyuruh mereka
pulang.
Mereka
hanya menggangguk lalu berlalu pergi. Mak Jemah sudah lama masuk ke dalam
rumah. Pasrah dengan nasibnya.
Bicara saya:
Sengau
merupakan salah satu contoh idiolek. Idiolek ialah kelainan bahasa pada
peringkat individu. Perbezaan paling ketara ialah dari segi sebutan dan lagu
sebutan. Keadaan ini berlaku kerana perbezaan alat sebutan seperti kecacatan
atau tabiat penyebutan. Contoh idiolek yang lain ialah gagap. Sebagai
masyarakat yang kaya dengan nilai santunnya, kita perlu meraikan dan menghormati
individu seperti ini agar mereka tidak merasa malu dengan kekurangan yang
dimilikinya.
No comments:
Post a Comment