Perut
bernyanyi riang mengisyaratkan makanan-makan yang dimakan tengah hari tadi
sudah dihadam sepenuhnya. Saya mengeluh. Kebelakangan ini mudah sahaja perut
ini berasa lapar. Risau juga kilogram akan bertambah tetapi membayangkan
keenakan makanan-makanan di Kedai Sahabat, saya buang kerisauan itu jauh-jauh.
Saya mencapai telefon bimbit dengan serta merta, lalu saya kirimkan pesanan
ringkas kepada dua orang sahabat saya. Pesanan ringkas itu berbeza bahasanya
walaupun tujuannya sama.
SMS
1:
“Salam…woit jom lepak kedai makan malam ni.
Aku kebulur ni. Pukul 8.30 malam tau. Lambat aku makan ko..haha”.
SMS
2:
“Salam..nak makan tak malam ni?
Jom. Pukul 8.30 ye”.
Baik,
SMS 1 saya kirimkan kepada rakan saya yang bernama Ain, seorang gadis yang
lincah dan suka menyakat.
SMS
2 pula saya kirimkan kepada rakan saya yang bernama Mira, seorang gadis yang
lemah lembut dan ayu.
Gggggrr…ggggggrrrrrrr,
telefon saya bergetar.Ada dua SMS yang masuk. Saya tekan punat ‘view’ untuk membaca
isi kandungan SMS.
“Salam..beres tuan besar. Kalau kau
yang lambat, aku belanja sup kaki..haha”, Ain memulangkan paku buah keras.
“Salam..ok, insyaAllah =) ”, balas
Mira ringkas.
Saya
biarkan SMS tersebut terhenti di situ sambil tersengih.
Bicara
saya:
Apa
yang membezakan kedua SMS itu adalah dari segi bahasanya. Saya menggunakan
bahasa yang sedikit kasar kepada Ain, manakala bahasa yang lebih lembut kepada
Mira. Kenapa saya berbuat demikian?. Sebenarnya bagi saya, bahasa yang
digunakan kepada Ain menunjukkan keakraban dan kemesraan antara kami. Bahasa yang
digunakan kepada Mira pula tampak lebih sopan menandakan rasa hormat saya
kepadanya. Hal ini tidak bermakna saya tidak menghormati Ain dan bukan juga
bermakna saya tidak akrab dengan Mira. Sifat dan keperibadian diri seseorang
mempengaruhi cara kita berkomunikasi dan bergaul dengannya. Sifat Ain yang
lincah dan suka menyakat membolehkan saya bergurau dengan lebih kasar. Berbeza dengan
sifat Mira yang lemah lembut dan ayu, menyebabkan saya lebih berjaga-jaga dalam
berbahasa dengannya. Walaubagaimanapun, saya tetap berusaha menjaga perasaan
kedua-dua sahabat saya ini dengan
sebaik-baiknya.
No comments:
Post a Comment