Pasar malam Tanjung Malim tentunya dipenuhi oleh para pelajar UPSI
selain penduduk sekitarnya pada hari Sabtu. Aneka jualan yang ada di pasar ini.
Pasti rambang mata bagi sesiapa yang gemar berbelanja. Seperti kebiasaannya,
hari ini saya dan rakan-rakan pergi ke pasar malam. Anda tahu apa yang
membuatkan saya rambang mata di sini? Sudah tentu hanya pada aneka juadah
makanan. =). Baik, sebelum saya dan rakan-rakan membeli segala segala
keinginan, kami akan mengelilingi satu
pasar malam itu terlebih dahulu. Semasa berjalan di sepanjang pasar yang
ditenggelami keriuhan suara manusia itu, tiba-tiba saya terdengar satu
perbualan manusia yang membuatkan saya tersenyum sehingga menampakkan deretan
gigi yang saya kira agak tersusun.
"Sya,
tolong pegang kopek aku kejap," pinta seorang
gadis
kepada seorang sahabat
di sisinya sambil tangannya menghulurkan
sesuatu.
Sahabat tersebut tercengang dan air mukanya serta merta berubah
seakan-akan menunjukkan rasa malu.
"Eh,
apa yang ko mengarut ni?" sahabat itu berkata dalam
nada agak keras
sambil matanya melihat kepada saya yang
sedang memerhati dengan satu senyuman.
"Apa yang mengarutnya? Aku minta kau
tolong pegang benda
ni je pon," kata
gadis itu sambil menayan-nayangkan dompetnya
ke muka sahabatnya.
"Habis
tu kenapa kau sebut kopek tadi?" balas sahabatnya
dalam
nada yang masih tidak puas hati.
"Memang
kat tempang aku panggil benda ni kopek la," gadis
itu mempertahankan diri.
"Yeke. Kalau kat tempat aku, kopek tu
bermaksud lain.
Perkataan tu sensitif bagi wanita.
Maksudnya..............,"
terang sahabatnya dalam keadaan separuh berbisik.
"Patutlah kau macam bengang je
tadi...hehehe," gadis itu
berkata sambil ketawa.
Saya masih berada berhampiran mereka sambil tangan seolah-olah
memilih tudung-tudung yang berwarna-warni itu. Lebar senyuman saya mendengar
perbualan mereka kerana saya juga pernah mengalami situasi yang sama suatu masa
dahulu. Pertama kali saya mendengar perkataan itu daripada sahabat saya yang
berasal dari Kedah. Ketika itu kami di semester dua. Saya agak dua orang
sahabat tadi juga adalah pelajar baru.
Bicara saya:
Kita meraikan variasi dialek yang ada. Walaubagaimanapun,
penggunaan dialek akan mendatangkan kekeliruan kepada sesetengah pihak. Hal ini
demikian kerana, dialek antara negeri berbeza antara satu sama lain. Perbezaan
ini dapat dilihat dari aspek maksudnya, walaupun kadangkala sebutan dan
bunyinya hampir sama. Oleh hal itu, penggunaan Bahasa Melayu yang betul dapat
mengelakkan kekelituan ini daripada terus berlaku. Ayuh, kita sama-sama
memartabatkan Bahasa Melayu dalam apa jua situasi sekalipun.
No comments:
Post a Comment