CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

09 April 2013

SITUASI 5: Cikgu Payungkan Kami


Nampaknya riadah pada petang ini tergendala lagi. Mutiara-mutiara jernih dari langit seakan-akan memaksa saya untuk mendodoikan diri di atas tilam yang empuk sekaligus menternak lemak yang semakin bermaharajalela di tubuh ini. Oh tidak!. Tetiba saya teringat satu kisah yang boleh dikaitkan dengan sosiolinguistik. Ternyata hujan turun bersama satu ilham. Baik, entry kali ini berkisar tentang ‘payung’. Payung sangat sinonim dengan hujan. Anda setuju? Saya yakin apabila anda mendengar perkataan ‘payung’, anda akan membayangakan objek di bawah:


Benar itu payung, tetapi entry kali ini bukan berkisar tetang objek yang berwarna-warni ini. Sebaliknya, kali ini saya membincangkan perkatan ‘payung’ yang digunakan oleh remaja sekolah yang membawa maksud yang lain. Baik, ikuti perbualan saya bersama pelajar saya semasa menjalani Latihan Mengajar pada tahun lepas:
Azeem: Cikgu, bila nak keluar makan bersama? Kan tak lama lagi cikgu dah habis 
             berpraktikal di sekolah kami.
Cikgu  : Boleh je. Kamu cari masa dan tempat yang sesuai. Kemudian maklumkan
             kepada saya.
Alif     : Betul ni cikgu? Malam ni boleh?
Cikgu  : Kamu bincangkan dengan rakan-rakan yang lain. Kalau boleh biar
             semua ada.
Azeem : Baik cikgu, tapi cikgu ‘payunglah’ ek.
Cikgu   : ‘Payung’? Cikgu tak faham lah.
Azeem : ‘Payung’ tu maksudnya cikgu belanjalah.Heheee
Cikgu  : Mana kamu belajar payung tu maksudnya belanja.
Alif     : Alaaa cikgu, itu bahasa kami. Banyak lagi perkataan yang lain.
            Mesti cikgu tak tahu kan.
Cikgu  : Macam-macamlah kamu ni. Jangan bimbang, mestilah cikgu yang payung
            kamu semua makan.
Azeem : Wah cikgu, dah pandai guna perkataan tu.
Cikgu   : Hehe.


Inilah sesi saya ‘memayungkan’ mereka. =)

Bicara saya:

Faktor sosial nyata mempengaruhi penggunaan sesuatu bahasa. Misalnya dalam contoh di atas, perkataan ‘payung’ mempunyai maksud yang berbeza daripada maksudnya hakiki. Maksud yang berbeza itu hanya akan difahami oleh kelompok sosial yang sama, iaitu remaja terutamanya pelajar sekolah. Bahasa ini dikenali sebagai bahasa slanga. Begitu juga bagi golongan professional. Mereka menggunakan istilah yang tidak difahami oleh golongan biasa. Tujuannya untuk menghindarkan daripada diketahui oleh komuniti bahasa yang lain.

No comments:

Post a Comment