“Assalamualaikum cikgu”.
Assalamualaikum ustazah”.
“Selamat
pagi cikgu”.
Jika
dahulu saya yang melafazkan ucapan salam itu setiap kali berselisih dengan guru
di sekolah, tetapi kali ini saya berpeluang menerima ucapan itu daripada
murid-murid. Itu pengalaman ketika menjalani Latihan Mengajar di sebuah sekolah.
Baik,
kali ini saya ingin bercakap tentang kata panggilan. Ketika berada di zaman
sekolah dahulu mungkin tidak ada sebarang masalah untuk menyapa atau
mengucapkan salam kepada guru-guru. Hal ini kerana walaupun guru tersebut
berpangkat Pengetua,Penolong Kanan mahupun guru biasa sekalipun, murid-murid
tetap menyapa mereka dengan panggilan ‘cikgu’. Berbeza pula dengan situasi di universiti,
mahasiswa atau mahasiswi tidak akan menggelarkan pensyarah mereka dengan
panggila ‘guru’ walaupun pada hakikatnya pensyarah juga merupakan golongan
pendidik.
Kebanyakan pensyarah di universiti mempunyai
pangkat dan gelaran ikhtisas yang tertentu. Misalnya berpangkat Profesor Madya,
Profesor, Dr dan lain-lain. Hal ini akan menimbulkan konflik dalam diri
mahasiswa/i ketika berselisih dengan pensyarah-pensyarah di universiti
terutamnya pensayarah yang tidak dikenali. Mereka akan teragak-agak untuk
menentukan kata panggilan yang sesuai dengan pensyarah tersebut. Jika salah,
bimbang dimarahi. Saya pernah menghadapi situasi ini ketika saya berselisih
dengan seorang pensyarah di tangga fakulti.
“Waalaikummussalam”,
dia menjawab salam sambil tersenyum. Saya lega.
Kemudian
saya melihat ada pelajar lain bertembung dan berborak-borak dengannya seketika.
Barangkali pelajarnya. Mereka tampak ramah berborak. Pelajar tersebut memanggil
pensyarah tersebut dengan panggila Profesor. Oh, saya tersilap memberi gelaran.
Nasib baik pensyarah tersebut tidak ambil kisah.
Bicara saya:
Kata
sapaan atau panggilan seharusnya sesuai dengan situasi dan tempat kita berada. Kita
harus mengambilkira pangkat dan kedudukan seseorang yang disapa itu jika kita mengetahuinya. Hal ini perlu sebagai
penghormatan dan penghargaan kepada orang yang disapa. Misalnya, pensyarah yang
berpangkat Profesor atau Dr akan merasa usaha dan penat lelahnya yang
bertahun-tahun itu tidak dihargai jika kita memanggilnya dengan panggilan biasa.
Kita perlu ingat, sikap dan ragam manusia ini tidak sama. Jika pensyarah itu
tidak menjadikan soal ini sebagai satu keutamaan, itu tidak menjadi sebarang
masalah. Tetapi jika sebaliknya, pasti timbul ketidakpuashatian. Oleh hal
demikian, setiap orang perlu ada sifat tolak ansur dalam berdepan pelbagai
situasi dalam masyarakat.
No comments:
Post a Comment