CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

12 April 2013

SITUASI 11: Kami Ada Kod Rahsia


Apakah perkara yang mesti kita hadapi sebagai seorang pelajar untuk mengukur sejauhmana penguasaan ilmu yang dipelajari? Ini jawapannya:


Saya yakin dan percaya anda akan mengalami tekanan apabila musim peperiksaan tiba. Saya juga begitu. =) Mana tidaknya, semua subjek perlu ditelaah dan seboleh-bolehnya semua buku yang ada di hadapan mata mahu dibaca. Itulah padahnya apabila belajar secara tidak konsisten.

Baik, saya inginkan satu pengakuan jujur dari anda. Pernahkan anda berkelakuan seperti gambar di bawah semasa menjalani peperiksaan ataupun ujian bulanan?


Jujur saya pernah berbuat demikian (hehe). Kerapkali jugalah. Lucu pula apabila mengenangkan kembali peristiwa itu. Mari saya ceritakan.

Sebelum peperiksaan bermula, saya dan rakan-rakan akan berbincang terlebih dahulu tentang cara yang terbaik untuk meniru agar tidak dapat dikesan oleh guru. Kami mempunyai cara agak unik tetapi cara ini hanya boleh digunakan untuk soalan yang berbentuk objektif sahaja. Kami punya kod rahsia bagi setiap abjad yang mewakili jawapan. Ini caranya:

Jika jawapannya ialah:
Perkara yang perlu dibuat untuk menyatakan jawapan:
A
Pegang hidung
B
Kemam bibir
C
Pegang atau tarik cuping telinga
D
Cubit pipi

Bagi menyatakan nombor soalan pula, kami hanya menggunakan jari. Sebelum berbuat demikian kami akan pastikan ‘line clear’ terlebih dahulu. Rancangan kami sentiasa berjaya memandangkan kami tidak pernah tertangkap.

Begitulah ceritanya. Maklumlah masih budak-budak lagi ketika itu.

Bicara saya:

Bahasa yang digunakan saya dan rakan-rakan dalam peristiwa tersebut merupakan satu ciri bahasa rahsia. Bahasa rahsia merupakan salah satu cabang bahasa ekslusif dalam neka bahasa. Bahasa rahsia ini biasanya bertujuan untuk menyembunyikan sesuatu kegiatan yang dilakukan. Bahasa ini hanya dapat difahami dalam kelompok mereka yang menggunakan bahasa itu sahaja. Orang lain tidak akan mampu memahaminya.


No comments:

Post a Comment