“Baik
seperti yang dijanjikan pada minggu lepas, kita akan adakan ‘Open Book Test’
pada hari ini. Soalannya ialah seperti tertera pada papan putih ini. Masa yang
diberikan ialah 30minit”, arah Dr Azhar selaku pensyarah kami.
Masa
menjawab tamat. Kertas jawapan diserahkan kepada beliau. Kemudian kelas
berakhir setakat itu kerana beliau perlu menghadiri satu mesyuarat di fakulti.
………………………………………………………………….......................
Kelas
minggu ini berjalan seperti biasa. Sebelum memulakan pengajaran, Dr Azhar
mengulas terlebih dahulu mengenai kertas jawapan yang dihantar oleh kami pada
minggu lepas.
“
Mentang-mentanglah saya cakap Open Book Test, kamu salin bulat-bulat jawapan
dalam buku itu kan. Cubalah kembangkan idea yang kamu dapat menggunakan bahasa
kamu sendiri”, bebel beliau kepada kami.
Semua
pelajar dalam kelas itu senyum-senyum kambing.
“Peperiksaan akhir nanti saya nak cuba buat Open Book Test jugalah. Kamu
semua tak perlu bawa pen, cuma bawa gunting dan gam sahaja. Kamu gunting
jawapan tersbut dan tampal dalam kertas jawapan yang disediakan”, kata Dr Azhar
separuh menyindir.
“Bagus
juga cadangan Dr tu”, satu suara nakal menyampuk.
Dr
Azhar hanya menggeleng sambil tersenyum. Kemudian dia meneruskan pengajarannya.
Bicara saya:
Kedengaran
agak kelakar cadangan pensyarah tersebut tetapi ia sebenarnya mempunyai satu
sindiran halus kepada kami. Teguran yang diberikan itu tidak disebutkan secara
langsung, hanya dikias-kiaskan kepada perkara lain. Tujuannya agar teguran itu
terkesan di hati pendengar dengan cara yang lebih lembut. Sebagai seorang
pelajar, kita haruslah memahami mesej yang ingin disampaikan dalam teguran
tersebut dan berusaha agar tidak mengulangi kesilapan yang sama.
No comments:
Post a Comment