CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

18 April 2013

SITUASI 25: Evolusi Bahasa Remaja



Ber’muka buku’ menjadi satu rutin pada setiap hari. Hari ini saya menyemak senarai rakan muka buku saya. Kadangkala rakan-rakan di muka buku ini bukanlah orang yang saya kenal tetapi memandangkan mereka meminta untuk menjadi rakan, saya terima sahaja. Rakan-rakan muka buku saya bukan sahaja dalam kalangan sebaya dengan saya, malah ada juga kalangan pelajar-pelajar sekolah yang pernah saya berpraktikal suatu masa dulu. Kadangkala kewujudan pelajar-pelajar ini merimaskan saya dek status-status cinta mereka di muka buku. Loya tekak membaca setiap ungkapan cinta mereka dengan evolusi bahasa yang merapu-rapu. Saya terfikir, tidakkah mereka merasa segan dengan status-status yang ditulis di muka buku itu sedangkan mereka tahu guru-guru mereka juga termasuk  dalam kalangan rakan muka buku mereka. Tanpa berfikir panjang, saya ‘meremove’ rakan muka buku yang saya rasa keterlaluan sikapnya apabila berada di alam maya.

Mari kita lihat beberapa evolusi bahasa yang biasa digunakan mereka di facebook.

Dahulu,

Sayang,
Awak dah makan?
Makan apa?Sedap tak?
Makan nasi?
Hari ni tak pergi mana-mana ke?Nak pergi KL?
Nak ikut.
Tak boleh?
Nak merajuklah macam ni.
Awak jahat!

Sekarang,

Cayam,
Da mamam lom?
Mamam apa jew?Dap x?
Mamam nacik?
Hari ni x p ane-ane kew? Nak p KL?
Nak itot.
Tak ley?
Majokla cenggini..werrkkk
Mucuk jaat!


Makan = mamam
Masam = masyam
Benci = menci
Sayang = cayam
Busuk = mucuk
Suka = syukew
Nasi = nacik
Merajuk = majok
Macam ini = cenggini
Ikut = itot
Tak boleh = tak ley
Terima kasih = maceh






Bicara saya:

Remaja kita pada hari ini dilihat sangat kreatif dalam mengevolusikan bahasa terutamanya bahasa Melayu. Malangnya kekreatifan mereka ini sebenarnya menjahanamkan bahasa melayu itu sendiri. Benar, salah satu sifat bahasa ialah dinamik  iaitu berubah-ubah tetapi bukan perubahan sebegini yang dimaksudkan. Sebenarnya bahasa-bahasa seperti ini bukan sahaja merosakkan bahasa Melayu, tetapi ia juga memperlihatkan batasan pergaulan sosial berlawanan jantina semakin menipis. Remaja sekarang tanpa segan silu mempamerkan kemesraan mereka terutamanya di alam maya  tanpa mengambilkira persepsi masyarakat sekeliling.


h

No comments:

Post a Comment